KUALA LUMPUR, 5 NOV: Polis merampas dadah dipercayai ketamin yang disorokkan di dalam 286 bungkusan plastik mi segera seberat 7,134 gram dianggar bernilai RM392,370, susulan pemeriksaan keatas sebuah premis syarikat penghantaran barang di Sime UEP Industrial Park, Subang Jaya, Khamis lepas.